Raya tahun ni adalah raya yang paling bermakna buat aku. Tahun ni le aku beraya dalam status seorang isteri. Kalau sebelum ni aku beraya di rumah mak ngan abah je, tp tahun ni ada satu lagi rumah mak yang perlu aku pegi. Pagi2 raya lagi kitorang satu keluarga dah bangun. Selepas semua dah siap2, maka sesi bersalam-salaman pn bermula. Mintak ampun mintak maaf untuk dosa sepanjang tahun ni. Dosa tahun depan bole mintak maaf masa raya tahun depan plak.. :-D So, raya kali ni orang yang pertama aku salam adalah suami tersayang..Lepas tu abah, mak & tok & adik2 tersayang...tp gambar masa beraya pagi tu x sempat nk ambik. Semua kelam kabut nak g sembahyang raya. So, xdelah gambar kenang-kenagan. Bila dh tengah ari baru le teringat nk ambik gambar. Nak posing2 kat umah. Tapi abah xde masa ni. Abah dh pegi beraya ke umah2 kwn dia kat kampung sebelah tu.
Sebelah petang, selepas sembahyang zohor aku dan suami pn balik beraya ke umah mak mentua aku plak. Giliran tahun ni beraya kat umah aku dulu. Tahun depan umah suami plak. Ala bukan jauh pn, sepuluh minit je dh sampai. Orang kata jalan kaki pn sampai...hehe... :-D